Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban

Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban *Agi Idup Agi Ngelaban*

Saturday 3 March 2012

Pertandingan Permainan Tradisional(KAPETRA)

Pada petang Khamis yang lalu, pertandingan permainan tradisional telah dianjurkan oleh kumpulan PISMP Pengajian Sosial semester 5, bertempat di pulako IPG Kampus Rajang. Tema pertandingan tersebut adalah "Tidak lapuk dek zaman". Terdapat 5 jenis permainan yang telah dipertandingkan iaitu congkak, batu seremban, chapte, konda kondi dan tibai lalat. Setiap permainan harus menghantar 5 orang wakil daripada setiap kelas. Pertandingan ini melibatkan kumpulan PPISMP Bahasa Iban, PPISMP Sejarah dan PPISMP TESL. Dalam pertandingan ini, kumpulan PPISMP Bahasa Iban telah mendapat tempat kedua secara keseluruhannya. Terima kasih juga kepada semua ahli kerana telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih juga kepada kumpulan PISMP Pengajian Sosial kerana telah berjaya menyempurnakan pertandingan tersebut.Menang atau kalah bukan ukurannya tetapi semangat kesukanan antara sukan adalah paling penting. Di harap agar pertandingan seperti ini akan diteruskan untuk masa yang akan datang supaya dapat mendedahkan dengan lebih luas lagi kepada semua pelajar terutamanya bakal guru mengenai permainan tradisional. Hal ini juga bertujuan supaya permainan tradisional tidak akan terus tenggelam ditelan zaman. ~Doria~

No comments:

Post a Comment