Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban

Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban *Agi Idup Agi Ngelaban*

Saturday, 3 March 2012

Persediaan amali

Sebagai persediaan untuk amali PJ, kami telah membuat latihan untuk 2.4 km, lari pecut, lontar peluru dan juga lompat tinggi. Latihan dijalankan secara ansur maju bersama En. Ismail Dikoh. Kelas TMK pula bersama En. Syukur dan untuk PJ teras pula bersama Mr. K Raja. Minggu lepas, kami telah menghadiri kelas PJ bersama-sama dengan PPISMP Sejarah untuk lompat tinggi. 2 orang daripada PPISMP Bahasa Iban telah berjaya membuat lompatan tertinggi setakat ini. Pada hari Khamis yang lalu, kami telah mencangkul semula tempat untuk membuat latihan lompat jauh. Untuk minggu yang akan datang, kami akan membuat latihan bagi lompat jauh pula. Terima kasih atas kerjasama daripada semua sepanjang membuat latihan amali. Latihan ini juga akan menyumbangkan markah selain daripada markah kerja kursus dan juga markah daripada peperiksaan nanti. ~Doria~

No comments:

Post a Comment