Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban
Selamat Datang ke Blog PPISMP Bahasa Iban *Agi Idup Agi Ngelaban*
Saturday, 3 March 2012
Pertandingan Permainan Tradisional(KAPETRA)
Pada petang Khamis yang lalu, pertandingan permainan tradisional telah dianjurkan oleh kumpulan PISMP Pengajian Sosial semester 5, bertempat di pulako IPG Kampus Rajang. Tema pertandingan tersebut adalah "Tidak lapuk dek zaman". Terdapat 5 jenis permainan yang telah dipertandingkan iaitu congkak, batu seremban, chapte, konda kondi dan tibai lalat. Setiap permainan harus menghantar 5 orang wakil daripada setiap kelas. Pertandingan ini melibatkan kumpulan PPISMP Bahasa Iban, PPISMP Sejarah dan PPISMP TESL. Dalam pertandingan ini, kumpulan PPISMP Bahasa Iban telah mendapat tempat kedua secara keseluruhannya. Terima kasih juga kepada semua ahli kerana telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih juga kepada kumpulan PISMP Pengajian Sosial kerana telah berjaya menyempurnakan pertandingan tersebut.Menang atau kalah bukan ukurannya tetapi semangat kesukanan antara sukan adalah paling penting. Di harap agar pertandingan seperti ini akan diteruskan untuk masa yang akan datang supaya dapat mendedahkan dengan lebih luas lagi kepada semua pelajar terutamanya bakal guru mengenai permainan tradisional. Hal ini juga bertujuan supaya permainan tradisional tidak akan terus tenggelam ditelan zaman. ~Doria~
Persediaan amali
Sebagai persediaan untuk amali PJ, kami telah membuat latihan untuk 2.4 km, lari pecut, lontar peluru dan juga lompat tinggi. Latihan dijalankan secara ansur maju bersama En. Ismail Dikoh. Kelas TMK pula bersama En. Syukur dan untuk PJ teras pula bersama Mr. K Raja. Minggu lepas, kami telah menghadiri kelas PJ bersama-sama dengan PPISMP Sejarah untuk lompat tinggi. 2 orang daripada PPISMP Bahasa Iban telah berjaya membuat lompatan tertinggi setakat ini. Pada hari Khamis yang lalu, kami telah mencangkul semula tempat untuk membuat latihan lompat jauh. Untuk minggu yang akan datang, kami akan membuat latihan bagi lompat jauh pula. Terima kasih atas kerjasama daripada semua sepanjang membuat latihan amali. Latihan ini juga akan menyumbangkan markah selain daripada markah kerja kursus dan juga markah daripada peperiksaan nanti. ~Doria~
Wednesday, 25 January 2012
Selamat lemai....
Saya baru sahaja membaik pulih blog kita ini. Saya berjaya attach link, letak hiasan sikit. Apapun,masih bnyk "bnda" yg perlu dan harus wujud dalam blog ini. Buah cempedak luar pagar, saya budak baru belajar dan rakan2 lain juga seharusnya belajar megendalikan blog ini. Email dan passwrd sudah diagihkan oleh Doria. Semua mempunyai kebenaran memberi sumbangan kepada blog kita ini. that's all.. happy holiday.. Asignmnt gaga kih..haha. Arapka mujur dalam semua pengawa. Peace!
~jang~
~jang~
Monday, 23 January 2012
Forum Jaku Iban
Gambar ini diambil sewaktu kami mengikuti Forum Jaku Iban di Four Point Hotel tahun lepas. Banyak manfaat yang dapat kami perolehi sepanjang forum berlangsung.. Kami seramai 24 orang sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengikuti kursus ini dan bakal memperjuangkan Bahasa Iban...Terima kasih kepada pensyarah PPISMP Bahasa Iban iaitu En. Mamat Unggat dan Puan Corella Stephen..
Kursus Bahasa Iban
Blog ini bertujuan untuk menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan kursus kami. Kami juga merupakan orang yang pertama yang mengambil kursus Bahasa Iban sejak Jun 2011 dan hanya di IPG Rajang sahaja yang ada kursus ini.Kami juga akan menjalani kursus ini sepanjang 5 tahun setengah. Selain itu, kami mempunyai subjek PSV DAN PJ sebagai subjek minor. Blog ini sebenarnya untuk subjek PJ dan kami bakal menjalai amali tidak lama lagi. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)